Dr. Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin

0
220
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.

Zulkifli mengumumkan pelantikan oleh institusi antarabangsa yang menghimpunkan ulama, sarjana dan cendekiawan Islam itu melalui laman Facebook rasminya.

Katanya, beliau dengan rendah diri dan berbesar hati menerima pelantikan itu sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan untuk membawa mesej Islam dengan menyeru perpaduan dan keamanan.

“Saya dengan rendah diri menerima penghormatan daripada Pengerusi Majlis Hukama’ Al Muslimin, Dr Ahmad Muhammad Al-Toyyid yang telah menyampaikan hasrat melantik saya sebagai salah seorang anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.

“Semoga pelantikan saya ini memberi manfaat besar bukan sahaja kepada Malaysia bahkan kepada dunia Islam keseluruhannya,” katanya hari ini.

Majlis Hukama’ Al-Muslimin yang terdiri daripada 12 ahli majlis akan bekerjasama dalam mempromosikan gerakan dan mesej keamanan dan pada masa sama menolak keganasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here