Hafizh Syahrin tidak cukup cergas beraksi dalam GP Styria, diganti pelumba lain

0
193
Keadaan terkini Hafizh yang masih belum cergas sepenuhnya

CYBERJAYA – Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin disahkan tidak boleh menyertai perlumbaan dalam Moto2 GP Styria pada hujung minggu ini.

Menurut satu hantaran menerusi laman Facebook Team Aspar, ini kerana Hafizh masih belum cergas sepenuhnya untuk menyertai perlumbaan tersebut.

Bagaimanapun menurut hantaran itu, Hafizh mungkin dapat kembali beraksi dalam perlumbaan seterusnya di San Marino yang dijadualkan pada 13 September ini.

Dalam pada itu, Hafizh dilihat redha dengan keadaan itu dan berharap dapat kembali berlumba dalam perlumbaan seterusnya.

“Jumpa di perlumbaan berikutnya, saya akan kembali dengan lebih kuat,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pasukan Openbank Aspar Team di laman web rasmi miliknya mengumumkan Alejandro Medina akan menggantikan Hafizh dalam saingan MotoGP Styria hujung minggu ini.

“Hafizh Syahrin disahkan kurang cergas untuk perlumbaan GP Styria dan dia akan cuba kembali berlumba semula pada GP San Marino,” kata kenyataan itu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here