Hanya satu kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

0
151

CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 yang masih aktif dalam negara kembali turun di bawah 200, apabila sebanyak 16 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, hanya terdapat satu kes positif baharu dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

KKM turut memaklumkan, kes yang dilaporkan tersebut merupakan akibat penularan tempatan dan melibatkan warganegara di Perlis.

“Penularan semula jangkitan COVID-19 di Malaysia boleh berlaku sekiranya kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran Kerajaan.

“Justeru, masyarakat perlu terus mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 pada setiap masa bagi memastikan kita terus berjaya dalam memerangi wabak Covid-19,” kata KKM dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, sebentar tadi.

Setakat ini, terdapat 193 kes yang diklasifikasi sebagai masih aktif dan sedang dirawat di hospital.

Angka kematian kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here