Hukuman lebih berat kepada penghina bendera, jata negara

0
390
Foto – Bernama

SEREMBAN – Hukuman lebih berat dan tegas perlu dikenakan terhadap individu yang didapati sengaja menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara sebagai pengajaran kepada semua.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, negara perlu mengambil contoh hukuman dan tindakan yang diambil oleh kerajaan Thailand terhadap kesalahan seumpama itu.

“Kita harap mereka ini (yang memasang Jalur Gemilang terbalik dan menghina Jata Negara) perlu ditangkap dan diambil tindakan lebih berat, tindakan tegas perlu diambil,”
katanya selepas merasmikan program [email protected] dan Ziarah Kasih Merdeka di sini, hari ini.

Turut dihadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad.

Zahidi berkata, tindakan lebih tegas perlu sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya mencemar maruah negara dan mewujudkan keadaan tidak harmoni.

Pada masa sama katanya, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penghayatan dan pemahaman rakyat dalam menghormati dan memupuk semangat cintakan negara,

“Kementerian akan teruskan kempen kibar Jalur Gemilang …supaya rakyat betul-betul memahami dan menyayangi serta menghormati negara, Jata Negara, bendera (Jalur Gemilang) dan warga kita,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan Bulan Kebangsaan, beliau berkata, program-program bagi menyemarakkan semangat itu tetap diteruskan mengikut norma-norma baharu yang ditetapkan.

“Meskipun negara kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan Covid-19, ia bukan alasan Bulan Kebangsaan tidak disambut dengan meriah,” katanya.

Program [email protected] merupakan program anjuran Jabatan Penerangan yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here