Israel lancar sekatan import komoditi ke Gaza

0
239

GAZA – Kerajaan negara haram, Israel menguatkuasakan larangan serta sekatan semua import komoditi ke Semenanjung Gaza kecuali makanan dan keperluan perbuatan.

Sumber pegawai kerajaan Palestin berkata, sekatan telah berkuasa dengan bekalan bahan bakar pada minggu lalu dan kini ia melibatkan lebih banyak komiditi.

“Semua perusahaan di sektor swasta telah diberitahu mengenai tindakan Israel itu.

:Tindakan kejam itu dijadikan alasa sebagai membalas tindakan serangan belon api dari wilayah semenanjung itu,” katanya kepada Agensi Anadolu, semalam.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada rejim Israel mengenai laporan itu.

Selain ‘sekatan ekonomi’ kepada masyarakat Palestin, rejim Israel turut melancarkan serangan bom ke atas Gaza lebih 7 hari berturut-turut.

Sejak 2007, Semenanjung Gaza berada di bawah pengepungan Israel yang telah melumpuhkan sekitar dua juta penduduknya daripada banyak komoditi penting, termasuk makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here