Jersi nombor 9 untuk Luqman di KV Kortrijk

0
334

CYBERJAYA- Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal memainkan peranan besar bersama kelab baharunya KV Kortrijk apabila akan menyarung jersi nombor 9.

Lazimnya, jersi nombor 9 akan dipakai penyerang utama mahupun pemain ternama sahaja di kelab-kelab utama kerana nombor berkenaan terkenal dan dipakai barisan legend bola sepak.

Dilihat agakn ‘berat’ untuk Luqman menggalas tangungjawab mengenakan nombor berkenaan tetapi, siapa sangka itu akan menjadi detik permulaan untuk anak muda ini mencipta nama di persada antarabangsa kelak.

Pengesahan nombor jesi yang akan dipakai oleh Luqman itu didedahkan sendiri oleh kelab liga utama Belgium itu menerusi video pendek berdurasi 40 saat yang dimuat naik di laman Facebook kelab berkenaan.

Melalui video itu, dapat dilihat proses menyediakan jersi milik Luqman dengan namanya di cetak di bahagian belakang beserta nombor 9.

KV Kortrijk turut membuat peraduan kepada peminat untuk memenangi jersi yang akan dipakai Luqman bersama kelab berkenaan.

Peminat diminat menekan butang ‘like’ dan kongsikan video itu serta menandakan atau ‘tag’ dua kenalan.

Selepas menempuh perjalanan udara selama 13 jam dengan tiga jam transit di Abu Dhabi, akhirnya Luqman sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels, Belgium.

Ketibaan Luqman itu disambut dengan penuh meriah oleh ejennya yang berpengkalan Eropah iaitu EL-EF Sport di laman Instagram mereka.

Berdasarkan jadual Luqman, dia akan menjalani tempoh kuarintin selama 14 hari di tempat tinggalnya yang disediakan majikannya.

Sepanjang tempoh kuarantin itu, Luqman tetap menjalani latihan kecergasan bagi memastikan dia bersedia sebelum turun secara rasmi berlatih bersama pasukan hujung bulan ini.

Luqman berangkat ke Belgium menerusi penerbangan tepat pada jam 2.05 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sambil ditemani ahli keluarganya.

Sebelum ini, pemain berusia 18 tahun itu mengikat kontrak lima tahun dengan KV Kortrijk sekali gus muncul pemain tempatan pertama beraksi dalam liga utama Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here