Jimmy Palikat bertanding PRN Sabah

0
327

KOTA KINABALU – Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Anak Kampung’, Jimmy Palikat akan bertanding di kerusi Tambunan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.

Menurut anak jati Sabah itu, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan keluarga dan mendapat restu bapanya.

Namun penyanyi itu menafikan mendapat tajaan mana-mana pihak untuk bertanding pada PRN berkenaan. 

“Tidak benar, keputusan ini saya lakukan atas pertimbangan sendiri dan selepas berbincang dengan keluarga. 

“Hasrat ini sebenarnya sudah timbul sejak dua Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan saya memutuskan untuk menjadikannya kenyataan pada PRN ini, katanya yang dipetik Free Malaysia Today.

Anak jati Tambunan itu mendedahkan beberapa parti politik telah ‘melamarnya’ namun dia akan mempertimbangkannya dengan berhati-hati.

“Saya tidak mahu terburu-buru kerana saya perlu mengkaji dulu apa perjuangan mereka, apa kekuatan mereka.

“Buat masa ini, saya masih teruskan niat untuk bertanding sebagai calon bebas, tapi kita tengok nanti macam mana kerana apa yang lebih penting adalah perjuangan demi rakyat di Tambunan,” katanya.

Jimmy dijangka berdepan cabaran sukar di Tambunan yang disandang Jeffrey Kitingan yang juga Presiden STAR.

“Saya tahu ia bukan tugas mudah, tetapi tidak salah untuk saya mencuba kerana siapa yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat. Saya harap mampu mendapat kepercayaan daripada mereka (rakyat),”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here