Juruterbang bunuh diri akibat tekanan dihentikan kerja – Polis

0
695

KUALA LUMPUR – Kematian seorang juruterbang yang dipercayai terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin lalu dipercayai akibat tekanan selepas diberhentikan kerja kira-kira dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu.

Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan merupakan seorang juruterbang kepada sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu ditamatkan perkhidmatan.

“Hasil pemeriksaan polis di sekitar kawasan berkenaan tidak menemukan sebarang kesan mencurigakan atau unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri dan bertindak terjun dari rumahnya.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian disebabkan kecederaan akibat jatuh dari bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan serta mengguris hati keluarga mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here