Kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera

0
195

CYBERJAYA- Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun maut dipercayai didera teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di pangsapuri Vista, Damansara malam tadi.

Mangsa berumur dua tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai oleh ibunya sebelum memaklumkan kejadian kepada polis pada pukul 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara ibu mangsa berumur 23 tahun dengan teman lelakinya sebelum dia keluar meninggalkan mangsa bersama suspek untuk membeli makanan.

“Sebaik pulang, ibu mangsa mendapati anaknya berada di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala suspek berumur 26 tahun itu tiada di rumah.

“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan ada kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala mangsa, namun punca kematian masih belum diketahui dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya seperti dilaporkan Kosmo hari ini.

Menurutnya lagi, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang dikenali sebagai B. Jeetendraj bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat polis, alamat terakhir suspek di Jalan Nuri Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu dan dia memiliki sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dengan nombor pendaftaran VCT 4194.

“Kita minta suspek serah diri atau sesiapa yang mengenalinya tampil menyalurkan maklumat.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here