Kerajaan pertimbang wujudkan semula JKMMS bagi martabatkan sistem perundangan syariah

0
177
Dr. Zulkifli

CYBERJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan mewujudkan kembali Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) yang dihentikan selepas pertukaran kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu.

Menurut laporan portal Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Zulkifli, jawatankuasa yang pernah ditubuhkan pada 2017 itu bertujuan untuk memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, Jawatankuasa ini terhenti akibat pertukaran kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke-14.

“Jadi, Kerajaan kini sedang meneliti kewajaran untuk menubuhkan semula Jawatankuasa ini,” kata Zulkifli.

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang ingin mengetahui adakah kerajaan berhasrat menubuhkan jawatankuasa bagi menstruktur semula pentadbiran dan prosedur yang diguna pakai Mahkamah Syariah bagi menaik taraf perkhidmatan, serta integriti institusi berkenaan dalam memastikan setiap pihak mendapat keadilan dengan cepat dan telus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here