Kluster Kurau dan Kluster Meranti pula

0
1057

CYBERJAYA- Dua lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasri di negara ini iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua individu positif Covid-19 menerusi kluster Kurau yang mana kes pertama kluster ini iaitu kes ke-9,050 dilaporkan pada 7 Ogos.

“Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-9,082 adalah abang ipar kepada kes ke-9,050, yang mana beliau dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat.

“Susulan itu, individu dan keluarganya yang berada di Pulau Pinang turut disaring. Pada 9 Ogos, beliau dikesan positif Covid-19 manakala ahli keluarga seramai lima orang yang disaring dikesan negatif.

“Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat disaring, daripada jumlah itu 106 individu negatif dan sembilan masih menunggu keputusan.

“Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurur Dr Noor Hisham, kluster kedua pula adalah kluster Meranti mula dikesan pada kes ke-9,083 iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif Covid-19 pada 8 Ogos. 

“Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8,968, iaitu kes Covid-19 yang dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan.

“Selepas disiasat, kes ke-8,968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9,083 bertugas,” katanya.

Katanya, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan yang mana setakat ini 15 individu sudah disaring.

“Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here