Kluster Tawar: Lima murid dikesan positif

0
193

CYBERJAYA – Empat murid berusia 12 tahun dan seorang sembilan tahun di sebuah sekolah dikesan positif Covid-19 dalam pengesanan kluster Tawar di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat lima kes baharu dilaporkan bagi kluster Tawar setakat pukul 12 tengahari tadi, menjadikan jumlah positif dalam kluster itu 70 kes.

“Kelima-lima kes baharu ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di negeri Kedah.

“Mereka dikenal pasti melalui pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, siasatan mendapati mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9197 yang merupakan seorang pelajar prasekolah (kes ini telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020).

“Lima pesakit kanak-kanak tersebut merupakan generasi ketiga Kluster Tawar dan dijangkiti daripada ibu bapa (murid prasekolah) sebelum menjangkiti rakan-rakan di sekolah. KKM masih menjalankan siasatan bagaimana murid berkenaan terdedah kepada Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sekolah terbabit telah diarahkan tutup buat sementara waktu.

Katanya, lima kes tersebut merupakan sebahagian daripada 11 kes baharu direkodkan pada hari ini yang menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 9,285 kes dengan 189 kes aktif di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here