Korea Selatan bertegas arahkan doktor yang mogok kembali bertugas

0
331
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerajaan Korea Selatan bertegas mengarahkan semua doktor di bandar raya Seoul supaya kembali bertugas pada waktu mereka memulakan mogok selama tiga hari.

Menurut portal The Guardian, mogok yang dijadualkan bermula hari ini tersebut diadakan berikutan bantahan terhadap beberapa cadangan kerajaan termasuk cadangan menambah bilangan doktor bagi menangani kes Covid-19.

Ketika ini, lima buah hospital terbesar di bandar raya tersebut terpaksa mengehadkan waktu operasi dan menjadualkan semula pembedahan.

Setakat tengah malam tadi waktu tempatan, sebanyak 320 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here