Kualiti industri kurier negara melonjak kira-kira 70 peratus

0
220

KUALA LUMPUR – Pemintaan tinggi dan tahap kepuasan pengguna menyaksikan peningkatan kualiti perkhidmatan kurier negara meningkat sebanyak empat peratus pada tahun 2019 berbanding capaian 66 peratus pada tahun sebelumnya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, penilaian itu dibuat berasaskan Indeks Pelanggan Perkhidmatan Industri Kurier.

SKMM berkata, prestasi positif juga dicapai apabila 87 peratus penghantaran bungkusan diterima dalam tempoh tiga hari di seluruh negara.

“Dari segi perkhidmatan pelanggan pula, purata masa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter ialah selama tiga minit dan purata tempoh perkhidmatan untuk setiap pelanggan ialah antara lima dan 10 minit.

“Pengguna juga mengutamakan aspek harga sebagai faktor penentu kepada kepuasan mereka, diikuti ketepatan masa dalam penghantaran,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM, hasil penilaian itu adalah kriteria utama bagi menentukan pemenang Anugerah Penghantaran E-Dagang Tahunan 2019 yang akan dibuat pada suku keempat tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here