Lagi PATI ditahan cuba tinggalkan Malaysia, tekong turut ditahan

0
264
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan satu cubaan pendatang tanpa izin (PATI) yang cuba membolosi sempadan untuk pulang ke negara asal.

Operasi tersebut turut berjaya menahan tiga individu yang bertindak sebagi tekong yang mendalangi kegiatan tersebut.

GAMBAR IHSAN ATM

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan, dua siri penahanan tersebut berlaku di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) oleh Pasukan 1 RRD, malam tadi.

Dalam tangkapan pertama, Pasukan Tindak Cepat (QRF) 1RRD berjaya menahan enam PATI warga negara Indonesia yang dipercayai sedang menunggu bot untuk keluar dari Malaysia bersama seorang tekong darat warga tempatan di Persisiran Pantai Punggai di Bandar Penawar, Johor.

GAMBAR IHSAN ATM

Hasil maklumat dari tangkapan tersebut, kumpulan QRF seramai lima orang telah menyusup bersama PATI tersebut bagi merapati kedudukan sebuah bot yang datang merapat ke pesisir pantai.

Taktik ini membuahkan hasil apabila dua orang tekong laut warga Indonesia itu berjaya ditahan.

Kesemua yang ditahan merupakan lelaki dewasa berumur di antara 25 hingga 52 tahun.

Pihak ATM turut merampas tujuh buah telefon bimbit, sejumlah wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Indonesia, dan sebuah bot dengan enjin Yamaha dengan nilai keseluruhan sebanyak RM147,344.

Kesemua yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, maklumat turut disalurkan ke Bilik Gerakan National Task Force (NTF) di KD Sultan Ismail (KDSI) untuk pemantauan lanjut di perairan kerana disyaki terdapat bot dari negara akan masuk ekoran kejadian air pasang besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here