Lantikan Bung Moktar ketua PRN umpama ‘bunuh diri’- Rahman Dahlan

0
558
Pelantikan Bung Moktar yang berdepan dengan beberapa kes mahkamah sebagai ketua jentera BN dalam PRN Sabah dianggap langkah bunuh diri.

CYBERJAYA – Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak disenangi kumpulan pemimpin Umno negeri itu.

Bahkan tindakan meletakkan Ahli Parlimen Kinabatangan yang berdepan dengan pertuduhan mahkamah itu juga dianggap satu langkah ‘bunuh diri’.

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang kerana parti Warisan selama ini gagal dan kepimpinannya lemah.

Bagaimanapun katanya tindakan meletakkan Bung sebagai jeneral dalam PRN yang akan diadakan pada 26 September ini seumpama memberi peluru kepada pihak lawan.

“Tidak ada satu parti pun di dunia ini yang akan meletakkan seseorang yang aktif menghadiri kes di mahkamah sebagai ketua kempen, ini langkah bunuh diri,” katanya dalam sidang akhbar bersama pemimpin Sabah, termasuk ketua-ketua bahagian dan bekas pemimpin.

Pengumuman Bung sebagai ketua jentera PRN Sabah diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di Parlimen semalam.

Abdul Rahman Dahlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here