Legenda Manchester City sertai Real Sociedad

0
80
David Silva ketika bersama Manchester City

CYBERJAYA – Legenda pasukan bola sepak Manchester City, David Silva akan menyertai pasukan Real Sociedad yang berpangkalan di Sepanyol pada musim hadapan.

Sepanjang sedekad bersama pasukan tersebut, pemain berusia 34 tahun itu telah berjaya merangkul 13 koleksi kejuaraan termasuk empat kejuaraan liga perdana.

Memetik laporan CNN, selepas mengumumkan pengundurannya daripada pasukan tersebut, Silva dikatakan akan menyertai Lazio dengan kontrak selama tiga tahun.

Namu begitu, di saat-saat akhir beliau memilih untuk menyertai pasukan Real Sociedad dengan kontrak dua tahun.

Ucapan selamat tinggal daripada Silva untuk penyokong Manchester City

Dalam pada itu, Real Sociedad dalam laman Twitter miliknya mengumumkan penyertaan bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu dalam kelab berkenaan.

“Kami berbesar hati mengumumkan telah berjaya mengikat kontrak bersama Silva. Beliau akan bersama kelab ini sebagai ejen bebas sehingga 30 Jun 2022,” ciapnya.

Pada musim lalu, Real Sociedad hanya berjaya menamatkan kempen La Liga pada kedudukan keenam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here