Lelaki Perancis pakai gelang pink berkeliaran di LTAL dibenar kuarantin di rumah

0
591
Lelaki Perancis yang tiba di LTAL dengan memakai gelang pink mencetuskan kebimbangan orang ramai

CYBERJAYA – Penumpang dan pelawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini ‘gempar’ apabila seorang lelaki warganegara asing yang memakai gelang pink menunggu seseorang di luar lapangan terbang itu.

Namun begitu, tindakan pantas pasukan polis bantuan lapangan terbang tersebut berjaya mengawal suasana dengan membuat pemeriksaan terhadap lelaki itu.

Menutut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim, polis segera mengesan lelaki berusia 64 tahun itu susulan menerima laporan daripada polis bantuan LTAL yang melihat kelibat warga asing itu di ruang legar.

“Terdahulu, lelaki warga Perancis itu dilaporkan tiba di LTAL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malindo Air pada pukul 2.50 petang ini.

“Siasatan mendapati lelaki itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris semalam ke Doha, seterusnya ke KLIA menaiki pesawat yang sama dan tiba di KLIA pada 8.25 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika tiba di KLIA lelaki asing itu disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan keputusannya negatif virus Covid-19.

“Lelaki itu diarahkan supaya menjalani kuarantin di rumahnya di Pantai Chenang selain perlu bertemu Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kedah pada 1 September ini dan menjalani ujian kedua Covid-19 keesokannya.

“Pihak KKM Langkawi berhubung dengan KKM KLIA dan mendapat kebenaran untuk lelaki terbabit membuat kuarantin kendiri di rumahnya,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, polis dan KKM Langkawi akan membuat pemantauan ke atas lelaki terbabit dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here