LHDNM buka pejabat satelit di Lahad Datu

0
442

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan bahawa Pusat Khidmat Hasil (PKH) di Lahad Datu telah berpindah dan dinaik taraf kepada Pejabat Satelit Lahad Datu.

Pejabat Satelit Lahad Datu ini akan mula beroperasi pada 10 Ogos ini, dan merupakan pejabat satelit yang ketiga selepas Pejabat Satelit Cyberjaya, Selangor dan Pejabat Satelit Batu Pahat, Johor, kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.

“Pejabat ini berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) LHDN yang terletak di luar kawasan cawangan utama.

“Tujuan pejabat ini diwujudkan adalah untuk mendekatkan perkhidmatan LHDN kepada pembayar cukai/pelanggan di samping memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding PKH termasuklah perkhidmatan percukaian, duti setem serta perkhidmatan lain,” kata LHDN dalam kenyataan tersebut.

Pejabat Satelit Lahad Datu ini berada di bawah seliaan LHDNM Cawangan Tawau dan beralamat di Pejabat Satelit Lahad Datu, bombor 9, 10, 11 & 12, Tingkat Bawah,
Blok A, Harbour Town,
91100 Lahad Datu, Sabah.

Nombor telefon di talian 089-888 340 /089-883 792 dan faksimile 089-889 446

Antara perkhidmatan yang akan disediakan adalah urusan percukaian, duti setem, Bantuan Sara Hidup, dan ez-HASiL (e-Filing, e-Daftar, ByrHASiL dan lain-lain).

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here