Lima kes baharu Covid-19 dilaporkan

0
59
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi melaporkan pertambahan sebanyak lima kes positif baharu Covid-19 di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, tiga daripada kes yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan dengan kesemuanya di Melaka, manakala dua lagi adalah kes import.

“Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 9,296 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Sementara itu, sebanyak 16 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 8,994 kes.

Setakat ini, terdapat 177 kes yang masih aktif sedang menerima rawatan di hospital.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 masih kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here