Lori keluar masuk bahayakan penduduk dan murid sekolah

0
694

CYBERJAYA – Penduduk Taman Perling di Johor Bahru, Johor kini berdepan risiko apabila terlalu kerap pergerakan keluar masuk lori di kawasan perumahan berkenaan.

Menambahkan lagi risiko lori berkenaan juga turut melalui kawasan Sekolah Taman Perling 3 sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan ibu bapa.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, lori berkenaan dipercayai milik syarikat yang menjual tanah lot di Jalan Rawa berdekatan Taman Perling.

Katanya, lori berkenaan membawa muatan tanah dan juga sampah untuk projek jualan lot tanah yang tidak diketahui dari pihak atau pengurusan mana.

“Kami telah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pejabat Menteri Besar dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun tiada tindakan.

“Aduan kami adalah tentang penjualan tanah lot itu yang dipercayai didalangi pihak tertentu, selain tentang keselamatan penduduk ekoran lori keluar masuk.

“Mereka juga menambak kawasan muara sungai dengan sampah sarap, ia menimbulkan masalah kerana lokasi itu menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Perkara ini berlarutan sejak Mei tahun lalu lagi, telah lama. Segala aduan kami tidak mendapat perhatian sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Ditanya mengenai setiap aduan yang dilakukan, Siti berkata, jawapan yang diberikan kepada penduduk ialah tiada tindakan boleh diambil kerana tanah lot milik individu.

“Setakat ini, hanya Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil tindakan kerana syarikat berkenaan membuat penuambungan haram tenaga elektrik,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau bersama para penduduk kawasan berkenaan amat berharap ada tindakan daripada pihak berkuasa bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Kami amat berharap MBJB mengambik tindakan sewajarnya dalam hal ini kerana kami difahamkan penjualan tanah lot itu adalah tidak masuk akal.

“Kami dimaklumkan tanah lot itu berharga RM6,000 hingga RM18,000 sahaja. Tidak masuk akal dengan harga semasa dan kawasan ini, jadi mungkin ada yang tidak kena,” katanya.Tolong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here