Mangsa letupan di Selatan Filipina meningkat

0
198

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat letupan berkembar di selatan Filipina meningkat kepada 15 orang pada hari ini manakala puluhan lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.

Dua letupan menggegarkan bandar Jolo di Sulu di Wilayah Autonomi Bangsamoro pada awal Isnin, kata pegawai tentera Filipina.

Polis dalam satu kenyataan berkata, mayat askar lain turut ditemukan di tempat kejadian pada hari ini.

“Mangsa yang cedera masih dirawat dan dakwaan mengatakan kumpulan pengganas Abu Sayyaf berpakat dengan Daesh merancang serangan itu sedang disiasat,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, jurucakap polis Brigadier Jeneral Bernard Banac berkata, letupan pertama berlaku kira-kira tengah hari di Paradise Food yang terletak di Barangay Walled di Jolo manakala Letupan kedua berlaku kira-kira sejam kemudian.

Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, dan agensi keselamatan negara mendakwa ia dilakukan kumpulan Abu Sayyaf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here