Masih ada yang degil, seramai 121 individu ingkar PKPP ditahan semalam

0
108

CYBERJAYA- Seramai 121 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 32 individu direman manakala dua individu dijamin dan 87 individu lagi dikenakan kompaun. 

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan termasuk premis beroperasi lebih masa dengan satu kes, aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (59 kes), aktiviti yang melanggar SOP (54 kes), melanggar SOP kuarantin rumah (3 kes) dan aktiviti judi dalam talian (2 kes).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Task Force Operasi Pematuhan membabitkan 5,024 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 17,402 anggota juga membuat 65,911 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP. 

“Sebanyak 4,366 pasar raya, 5,848 restoran serta 1,218 penjaja dan 597 pasar awam/tani, 640 tempat ibadah serta 1,404 tempat riadah turut diperiksa,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 hari ini.

Menurut Ismail Sabri, anggota Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. 

“Ini termasuk pemakaian penutup muka di tempat awam yang sesak seperti di pasar atau pusat membeli belah dan di dalam pengangkutan awam.

“Kerajaan berharap rakyat akan terus menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa untuk melaporkan apa-apa tindakan yang melanggar SOP,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here