Masih ada yang ingkar PKPP – Ismail Sabri

0
175
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih belum memuaskan berdasarkan jumlah individu yang dikenakan tindakan masih agak tinggi.

Meneteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri ISmail Sabri berkata, semalam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 184 individu kerana ingkar terhadap PKPP.

Daripada jumlah itu, sebanyak 135 individu telah dikompaun manakala selebihnya direman.

“PDRM akan bersikap tegas dan tidak berkompromi terhadap mereka yang ingkar. Antara kesalahan ingkar PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka, operasi premis lebih masa, aktiviti kelab malam dan melanggar SOP kuarantin wajib di rumah.

“Task Force Operasi Pematuhan akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” kata Ismail Sabri dalam satu sidang akhbar, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here