Md. Rayhan Kabir diusir ke Bangladesh malam ini

0
334


CYBERJAYA- Warga Bangladesh, Md. Rayhan Kabir akan diusir ke negara asalnya malam ini dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabansa Kuala Lumpur (KLIA).


Perkara itu disahkan melalui kenyataan Jabatan Imigresen yang memaklumkan Md. Rayhan akan dihantar pulang ke Bangladesh dan beliau akan dibawa oleh pasukan pengusiran ke KLIA pukul 9 malam.


“Untuk makluman, warga Bangladesh Md. Rayhan Kabir akan diusir ke negar asal Bangladesh pada malam ini dengan menaiki penerbangan di KLIA. ETA Team pengusiran yang membawa OKT ialah jam 9 malam di KLIA,” kata kenyataan itu.


Sebelum ini, Peguam bela Md Rayhan, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.

“Pihak imigresen memutuskan untuk menghantar pulang Rayhan Kabir. Tidak akan pendakwaan dikenakan terhadap anak guam kami. 

“Dia akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan Covid-19 dilakukannya selesai dan tiket penerbangan tersedia,” katanya.

Terdahulu, Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, pada 24 Julai lalu. 

Sebelum ini, Jabatan Imigresen memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here