Pak Lah masih sihat, jangan percaya berita palsu

0
424

CYBERJAYA – Berita tular yang menggatakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan pihak Pengurusan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam hantaran di laman Facebook bagi menafikan berita palsu tersebut.

“Pengurusan Galeri mendapati terdapat penularan berita palsu melalui WhatsApp mengenai keadaan kesihatan Tun Abdullah yang merosot.

“Beliau dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang. Pengurusan galeri menafikan penularan berita tidak benar tersebut.

“Orang ramai digesa untuk tidak menyebarkan berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi akan mencetuskan kegusaran orang ramai,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here