Pelakon Black Panther meninggal dunia

0
438

CYBERJAYA – Pelakon Chadwick Boseman yang lebih dikenali menerusi watak Black Panther dalam siri filem adiwira Marvel, meninggal dunia akibat kanser usus, semalam.

Menurut Associated Press, Boseman, 43, meninggal dunia di kediamannya, semalam

Menurut keluarga mendiang dalam satu kenyataan, Boseman dikesan menghidap kanser tersebut empat tahun lepas.

“Mendiang merupakan seorang pejuang. Chadwixk melalui kesemuanya dengan penuh berani, dan telah berjaya mempersembahkan hasil kerjanya dengan penuh cemerlang,” kata kenyataan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here