Pemilik Restoran Ali Maju sahkan cawangan Taman Sri Rampai ditutup

0
3067
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pemilik Rangkaian Restoran Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengesahkan sebuah cawangan miliknya di Taman Sri Rampai ini ditutup sementara seperti tular di media sosial hari ini.

Beliau berkata, penutupan itu dibuat selepas diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Penutupan ini dibuat selama 14 hari bagi kerja-kerja pembasmian kuman di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

“Seperti mana kebiasaannya, menjadi amalan saya serta pengurusan rangkaian Restoran Ali Maju untuk akur dengan arahan pihak berwajib demi kebaikan bersama,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Notis penutupan kedai yang tular

Hari ini tular di media sosial yang meminta pengunjung restoran nasi kandar itu dari tarikh 1 Ogos hingga kelmarin membuat saringan kesihatan Covid-19 selepas dua kakitangan restoran itu disahkan dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, Jawahar berkata, pihaknya sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 sejak ia melanda negara Mac lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here