Pengganas Christchurch akan habiskan sisa hidup dalam penjara

0
150

CYBERJAYA – Pengganas insiden tembakan di Christchurch, New Zealand pada tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk diparol, hari ini.

Menurut portal The Guardian, ini merupakan kali pertama hukuman sedemikian dijatuhkan di New Zealand, yang mana sistem keadilan di negara tersebut tidak mempunyai hukuman mati sebagai hukuman maksima.

Sabitan hukuman ini bermaksud, Brenton Tarrant, 29, akan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjara tanpa langsung ada peluang untuk dibebaskan.

Hakim Cameron Mander ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata, Tarrant merupakan seorang individu yang mempunyai personaliti yang terjejas akibat kebencian terhadap orang yang berlainan daripadanya.

“Anda langsung tidak memohon maaf atau mengakui perbuatan anda itu. Walaupun saya hargai anda tidak mengambil peluang berada di sini sebagai sebuah platform (untuk mengutarakan pandangan), anda kelihatan seperti tidak menyesal ataupun malu,” kata Hakim Mander.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here