Pengganas insiden Christchurch rancang serang tiga buah masjid

0
379
BRENTON TARRANT

CYBERJAYA – Pengganas yang menyerang dua buah masjid di Christchurch, New Zelaand yang membunuh 51 individu pada 15 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya berdepan dengan para mangsa yang terselamat dan kaum keluarga mereka di mahkamah, hari ini.

Ini merupakan kali pertama Brenton Tarrant muncul di mahkamah kerana semua sesi yang diadakan sebelum ini adalah melalui sidang video.

Tarrant, 29, pada Mac lepas telah menukar pengakuannya kepada bersalah di atas kesemua tuduhan yang dikenakan ke atas beliau, iaitu 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh, dan satu pertuduhan melakukan kegiatan keganasan.

Jika sabit kesalahan, Tarrant berdepan hukuman mandatori penjara seumur hidup. Namun, difahamkan hakim boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, satu hukuman yang belum pernah dikenakan ke atas sesiapa di negara tersebut.

Di Mahkamah Tinggi New Zealand hari ini, pihak pendakwaraya membacakan kronologi insiden berdarah versi mereka, dan termasuk penerangan terperinci mengenai rancangan Tarrant, pembelian beberapa pucuk senjata api, ribuan peluru dan peralatan perlindungan diri.

Kronologi tersebut memberitahu, Tarrant mula merancang serangan tersebut sejak beliau pindah dari Australia pada 2017.

ancangan Tarrant adalah untuk turut membakar dua buah masjid yang diserang, Masjid al-Noor dan Pusat Islam Linwood, dan kemudiannya menyerang sebuah lagi masjid di Ashburton.

Dan apabila ditahan polis, Tarrant direkodkan mengakui segala kesalahannya dan pada yang sama menyatakan kekesalannya kerana tidak berjaya membunuh lebih ramai individu, sambil menyatakan motivasi dia untuk bertindak demikian adalah disebabkan fahaman politik dan anti-Islam.

Imam Masjid al-Noor, Gamal Fouda kemudiannya berkata, kebencian Tarrant adalah tidak berasas.

“Kamu sebenarnya telah mendekatkan masyarakat dunia dengan tindakan jahat kamu,” kata Gamal ketika diberi peluang bercakap dalam mahkamah.

Tindakan Tarrant menyerang dua buah masjid pada 15 Mac tahun lalu itu mengejutkan dunia kerana ia disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Antara yang terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here