
RAUDHAH CITY- Malakat Grocer 812 dengan gabungan konsep ‘kedai Aceh’ yang dinaik taraf seumpama ‘Family Mart’ akan beroperasi mulai esok di Putra Perdana Puchong.
Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim berkata, perjuangan utama Malakat Grocer 812 ialah memberi alternatif baharu kepada penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan.
Menurut Mohd. Fadzil, perlbagai barangan keperluan rumah sama ada barangan segar, barangan basah mahupun barangan kering akan dijual di Malakat Grocer 812.
“Selain daripada itu, antara kelainan konsep Malakat Grocer 812 ialah ianya akan mempunyai ‘uptrend kisok’ yang akan menjual makanan dan minuman kepada para pelanggan,” katanya.
Menurut Mohd. Fadzil, selain belian terus dari kedai, Malakat Grocer 812 juga akan menawarkan pembelian secara dalam talian dengan tawaran perkhidmatan yang sangat istimewa.
“Kami tawarkan perkhidmatan penghantaran percuma sejauh 70 kilometer (km) dengan tiada pembelian minima selain tempoh penghantaran maksima 48 jam,” katanya.
Dalam pada itu katanya, penduduk Putra Perdana perlu berbelanja di Malakat Grocer 812 kerana kedai berkenaan adalah milik mereka sendiri sekiranya menjadi ahli dan membeli syer KoPPIM.-MT