Peniaga burger tular ‘dipanggil’ bertemu Ketua Polis Negara

0
851
Mohd. Asri bersama Ketua Polis Negara di pejabatnya hari ini

CYBERJAYA – Sehari selepas dicari, seorang peniaga burger yang tular kerana membongkar aktiviti haram di Sungai Buloh ‘dipanggil’ oleh polis hari ini.

Bagaimanapun, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid bukan dipanggil oleh polis peringkat bawahan untuk disiasat tetapi terus dijemput bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Dalam sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi laman Facebook milik Ketua Polis Negara itu, beliau memaklumkan bahawa peniaga tersebut dijemput bertemunya.

“Terima kasih saudara Asri, Pengasas Hot Burger Malaysia kerana sudi hadir ke pejabat saya,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Semalam, pendedahan Mohd. Asri mengenai aktiviti perjudian dan kedai milik warga asing yang beroperasi tanpa lesen yang disiarkan oleh Malakat Tribune mendapat reaksi pelbagai pihak.

Dalam laporan eksklusif itu, Mohd. Asri berasa hairan mengapa polis membuat laporan ke atas dirinya sedangkan beliau yang membongkarkan mengenai aktiviti haram yang berlaku di Sungai Buloh.

Terdahulu, seorang pegawai polis membuat laporan polis berhubung video yang dimuatkan oleh Mohd. Asri kelmarin kerana didakwa mengandungi unsur fitnah dan tohmahan terhadap Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

Laporan polis ke atas Mohd. Asri membangkitkan kemarahan banyak pihak kerana perkara yang dibongkar beliau berasas dan bukan perkara baharu di Sungai Buloh khususnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here