Polis buka kertas siasatan terhadap Mohd. Khairuddin

0
462

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Kertas sisatan berkenaan dibuka selepas polis menerima 27 laporan terhadap Mohd Khairuddin kerana gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki pada 7 Julai.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu kepada Bernama TV, hari ini.

“Sebanyak 27 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung perkara berkenaan, setakat ini,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan Mohd Khairuddin dikompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi kuarantin wajib mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Mohd Khairuddin sudah menjelaskan kompaun itu.

Semalam, beliau turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mengumumkan akan memulangkan gaji sebagai menteri bagi Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here