PPIM mohon maaf isu Asri Janggut

0
526

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memohon maaf di atas keterlanjuran kata seorang individu yang mengecam anggota polis, semalam.

Kata PPIM, mereka mengambil tanggung jawab ini bagi memperbetulkan keadaan kerana kecaman Asri Janggut tersebut dikeluarkan dengan menggunakan platform PPIM.

“Kami di PPIM ingin memohon jutaan maaf terutamanya kepada anggota polis, anggota tentera, anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kata-kata En. Asri Janggut yang sangat tidak wajar dan tidak berasas.

“Kami di PPIM sama sekali tidak menyokong dan menyanggah segala tindakan yang tidak wajar yang dilakukan olehnya,” kata kenyataan itu.

Kata PPIM lagi, Asri merupakan seorang rakan strategik mereka dan segala kenyataan yabg beliau keluarkan ada berdasarkan kapasiti peribadi dan tidak mewakili dasar mereka.

“Kami sangat terkilan dengan perkara ini dan sekali lagi memohon jutaan kemaafan daripada semua atas sebarang tindakan yang tidak wajar,” tambah PPIM.

Semalam, pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut telah mengeluarkan satu kecaman ketika muncul pada satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Facebook milik PPIM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here