Rakyat Malaysia perlu ambil iktibar – Noor Hisham

0
163
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di luar negara dalam mengekang penularan kembali Covid:19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam satu paparan ringkas di akaun media sosial miliknya malam tadi berkata, beliau bimbang situasi yang sama akan terjadi pada Malaysia.

“Marilah kita belajar daripada negara-negara lain supaya kita dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami Covid-19 yang lebih dahsyat lagi,” kata beliau dalam paparan tersebut.

Dalam paparan yang sama, beliau turut berkongsi graf kes jangkitan Covid-19 di Australia, Hong Kong dan Jepun.

Graf tersebut menunjukkan ketiga-tiga buah negara tersebut kini sedang berdepan dengan gelombang kedua jangkitan.

“Inilah kebimbangan saya dan saya menyeru Rakyat Malaysia untuk patuh kepada penjarakan fizikal selamat, kerap cuci tangan dan pakai pelitup muka.

“Kurangkan berada di tempat awam dan duduk di rumah lebih selamat,” kata Noor Hisham lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here