Ramai rakyat Malaysia pulang dari negara berisiko tinggi sejak bulan lalu

0
94
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sejak pintu negara dibuka pada 24 Julai lalu sehingga sekarang sebanyak 14,048 individu terutamanya rakyat Malaysia dari 32 negara telah pulang ke tanah air.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara negara berkenaan ialah Amerika Syarikat, India dan Sepanyol.

“Negara lain ialah Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, Emiriah Arab Versatu (UAE) dan Jepun,

“Selain itu, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Perancis, Australia dan New Zealand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan rekod, Amerika Syarikat, India dan Sepanyol menduduki 10 tempat teratas jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia dengan Amerika Syarikat mencatatkan lebih 5.6 juta kes manakala India pula lebih 2.7 juta kes setakat ini.

Di rantau ASEAN pula, Filipina dan Indonesia masing mencatatkan 173,774 kes dan 144,945 kes menjadikan kedua-dua negara itu mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di rantau ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kesemua individu berkenaan telah ditempatkan di 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Labuan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 6,316 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here