RM1 juta untuk Lubnan

0
201

CYBERJAYA – Kerajaan mengumumkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lebanon (LRC).

“Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lubnan.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

“Kepada yang cedera, kami juga mendoakan agar mereka cepat sembuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dan akan meneruskan kehidupan dengan semangat dan perpaduan berterusan.

Letupan yang berlaku kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia itu dipercayai berpunca daripada kebakaran di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut yang dikatakan menyimpan bahan letupan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here