Safawi Rashid terima tawaran kelab Portugal

0
498
Safawi Rashid


CYBERJAYA- Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan pihaknya menerima tawaran untuk Safawi Rashid dari Portimonense SC iaitu kelab Liga Premier Portugal.


Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest berkata, JDT bersedia untuk melepaskan Safawi untuk meneruskan karier dan bakatnya di pentas Eropah.


“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. 


“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan tersebut disiarkan di laman Johor Southern Tiger malam ini dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan peminat JDT yang mahu Safawi mengembangkan lagi kariernya.


Menurut Martin Prest lagi, pihaknya tidak dapat mendedahkan perincian tawaran berkenaan kerana kerana proses akhir masih lagi dijalankan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here