Sah…Bukit Aman terima maklumat salah laku pegawai dan anggota di Sungai Buloh

0
3006


CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis yang disyaki melindungi premis judi tidak berlesen di sekitar Sungai Buloh.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima termasuk premis judi yang terdapat di sekitar Sungai Buloh.

Zamri menerusi laporan Bernama berkata, antara perkara yang diteliti adalah antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjudian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.

“Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah, ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjudian tidak berlesen dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular satu video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Sungai Buloh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here