Sarapan pagi ala kampung? Jangan pening, jom ke Ayam Kampung Lejen

0
541

BOSAN dengan nasi lemak dan roti canai sebagai menu sarapan pagi anda? Apa kata cuba sesuatu yang lebih unik dan tradisional di Restoran Ayam Kampung Lejen yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya.

Bagi memenuhi kepelbagaian citarasa dan kehendak pelanggan, Ayam Kampung Lejen yang baharu sahaja beroperasi beberapa bulan lalu tampil dengan tiga set sarapan pagi yang cukup istimewa iaitu lempeng kelapa, ubi rebus dan pulut ikan masin.

Keenakan hidangan yang diinspirasikan daripada sajian kampung ini pasti mengimbau kenangan menikmati sarapan pagi bersama ibu dan ahli keluarga.

Ketua Chef Ayam Kampung Lejen, Jumie Mohammad berkata, tiga jenis hidangan tradisional ala kampung itu dipilih sebagai menu utama yang disajikan setiap hari kepada pengunjung di restoran itu.

Jumie Mohammad menunjukkan menu sarapan pagi yang ditawarkan Restoran Ayam Kampung Lejen, Malakat Mall, Cyberjaya.

Jumie berkata, hidangan-hidangan tersebut bukan sahaja enak tetapi mempunyai nilai nostalgia tersendiri yang mana setiap daripada kita yang berasal dari kampung pasti menyukainya.

Pada masa yang sama katanya, usaha itu diharap dapat mempopularkan masakan tradisional yang sukar diperolehi dan semakin dilupakan khususnya dalam kalangan masyarakat bandar.

“Selain sajian sarapan pagi, hidangan makan tengah hari kami juga memfokuskan citarasa ala kampung yang sebenar.

“Matlamat kami di Ayam Kampung Lejen juga adalah untuk menyediakan menu-menu tradisional terbaik dari seluruh pelosok negara yang mana sebahagiannya tidak pernah dicuba oleh generasi muda hari ini,’’ katanya kepada Malakat Tribune, baru-baru ini.

Jumie yang berpengalaman berpuluh-puluh tahun sebagai cef berkata, sebagai jaminan rasa yang memuaskan, beliau mengutamakan penggunaan bahan-bahan segar seperti kelapa muda parut, ubi kayu dan ikan masin yang berkualiti.

“Di sini kami tidak berkompromi pada kualiti bahan yang digunakan demi untuk memastikan rasa makanan mencapai tahap yang dimahukan.

“Selain tiga menu sarapan ini kami juga bercadang untuk menambah menu-menu yang bersesuaian pada masa-masa akan datang,’’ kata anak kelahiran Jerantut, Pahang itu.

Beliu berkata, selain keunikan rasa dan nilai sentimental, menu-menu sarapan pagi di Restoran Ayam Kampung Lejen tersebut dipilih kerana atas faktor kesihatan kerana tidak banyak menggunakan minyak dan gula.

“Menu ini boleh menjadi pilihan yang baik kepada mereka yang peka mengenai gaya pemakanan kerana tidak begitu berminyak atau terlalu ‘berat’,’’ katanya. 

Sementara itu katanya, Restoran Ayam Kampung Lejen yang mampu menampung kapasiti sehingga 40 orang pelanggan itu dibuka bermula dari pukul 8 pagi.

“Untuk hidangan makan tengahari pula, kami menyediakan masakan ala kampung yang dihidang mengikut tempahan sama ada secara individu, berkumpulan dan ala-karte,’’ katanya. 

Antara hidangan popular adalah ikan patin masak tempoyak, masak lemak Negeri Sembilan, ayam kampung, udang galah, udang petai, siput sedut, keli salai dan bermacam-macam lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here