Satu lagi kluster baharu Covid-19 di Kedah

0
434
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kewujudan satu lagi kluster baharu Covid-19 di negeri Kedah.

Kluster Tawar dipercayai berpunca daripada seorang peniaga berumur 53 tahun yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lepas.

“Sehingga 13 Ogos (semalam), 86 kontak rapat beliau telah disaring yang termasuk ahli keluarga, kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Dan setakat hari ini, sebanyak sembilan lagi kes baharu dikesan dengan kesemuanya melibatkan ahli keluarga peniaga berkenaan.

“Sembilan daripada kes positif termasuk kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upcara sembahyang tersebut.

“Berikutan itu, pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan, dan KKM telah menjalankan proses nyah kuman dan nyah cemar di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti,” kata Noor Hisham yang turut menambah, punca kepada jangkitan tersebut masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here