‘Saya akui kebodohan, kesalahan saya’- Asri Janggut

0
623
Asri Janggut tampil memohon maaf di atas kesilapannya

CYBERJAYA – Peniaga burger, Mohd. Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kesilapannya mengaitkan ramai anggota keselamatan negara itu malas bersolat.

Dalam satu rakaman video yang disiarkan menerusi laman Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Asri yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut mengakui kejahilannya itu.

“Saya memohon maaf kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM di atas kesilapan saya, kebodohan saya dan kejahilan saya membuat satu kenyataan kebanyakan polis malas solat

“Saya mohon maaf kerana pada waktu itu saya pun tak jangka akan cakap begitu. Saya langsung tak ada niat untuk mengguris hati-hati rakan-rakan PDRM,” katanya.

Sejak semalam tular satu rakaman video ketika Asri Janggut bersiaran bersama PPIM mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan anggota polis dan ATM malas bersolat.

Kenyataan beliau itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan mendesaknya memohon maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Asri Janggut juga redha di atas segala yang berlaku itu dan berjanji tidak akan ulangi lagi.

“Saya sekali lagi demi Allah Taala memohon maaf kerana Allah Taala.

“Maafkanlah saya di atas segala kesalahan saya. Saya akui kebodohan saya, saya akui kesalahan saya. Saya redha di atas segala yang berlaku,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here