Selepas SELangkah, Selangor perkenalkan SELangkad untuk OKU

0
294

RAUDHAH CITY – Kerajaan Selangor maju selangkah lagi dalam sistem pengesanan kontak dan pencegahan Covid-19 melalui pengenalan SELangkad untuk kegunaan orang kurang upaya (OKU).

SELangkahd adalah kad fizikal dengan kod QR tersendiri yang membolehkan pemilik premis mengimbas kod QR pada kad milik OKU.

Melalui cara itu, golonga itu tidak lagi perlu melakukan proses mengimbas kod OKU di premis yang agak sukar sekiranya mereka adalah OKU penglihatan misalnya.

Kemudahan kad SELangkad ini akan diberikan percuma kepada individu yang mempunyai pengesahan sebagai OKU.

Kerajaan Selangor sebelum ini memperkenalkan SELangkah sebagai aplikasi pendaftaran keluar-masuk automatik di premis perniagaan dan perkhidmatan menggunakan teknologi kod QR.

Inisiatif tersebut bertujuan memudahkan orang ramai mendaftar rekod kehadiran di sesebuah premis tanpa perlu mengisi butiran secara manual atau bertulis.

Selain itu, aplikasi itu merupakan kesiapsiagaan kerajaan dan industri dalam berdepan dengan pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here