Serah pada pihak berkuasa ambil tindakan terhadap Khairuddin – Perdana Menteri

0
186
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali kerana gagal menjalani proses kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Perdana Menteri berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.

Beliau berkata, kerajaan mengambil maklum dan memandang serius isu berkenaan.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara.

“Dan tidak ada sesiapa yang terkecuali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin Kementerian Kesihatan dalam kenyataan satu kenyataan memberitahu Mohd. Khairuddin dikompaun RM1,000 di atas kesalahan tersebut dan telah menjelaskannya.

Bagaimanapun, orang ramai masih tidak berpuas hati di atas hukuman ringan itu dan membandingkan dengan kes lain yang turut gagal menjalani proses kuarantin sehingga dipenjarakan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here