SPRM tahan Pengarah jabatan MBSA

0
884

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seorang individu berpangkat Pengarah sebuah jabatan dalam Majlis Bandaraya Shah Alam kerana disyaki melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian.

Memetik ciapan Bernama Radio, difahamkan individu tersebut merupakan salah seorang Pengarah Jabatan Penguatkuasaan majlis tersebut.

Penahanan ini disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Ahmad Khusairi Yahaya.

Setakat ini, SPRM telah menahan lapan kakitangan MBSA dan seorang warga asing sejak satu operasi khas dijalankan susulan isu premis perniagaan tidak berlesen di Sungai Buloh menjadi tular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here