Tambah saham akhirat di sudut infak Malakat Grocer 812

0
227
Pengasas Malakat Grocer 812, Mohd. Fadzil Hashim melihat produk yang terdapat di Malakat Grocer 812 yang bakal beroperasi pada Jumaat ini di Putra Perdana, Puchong. Gambar – FARID JANUDIN

RAUDHAH CITY- Sambil berbelanja, para pelanggan di Malakat Grocer 812 boleh menambah saham akhirat dengan bersedekah di sudut infak untuk golongan yang memerlukan.

Itu antara inisiatif membantu golongan memerlukan yang ditampilkan di cawangan pertama Malakat Grocer 812 di Putra Perdana, Puchong yang dibuka kepada orang ramai mulai esok.

Pengasas Malakat Grocer 812, Mohd. Fadzil Hashim berkata, inisiatif tersebut secara tidak langsung membantu para pelanggan untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Sumbangan yang disampaikan oleh penderma itu untuk diambil oleh masyarakat setempat yang dalam kesusahan tanpa perlu mengisi apa-apa borang, hanya ambil sahaja apa yang perlu.

“Insya-Allah sudut infak ini akan dibuka semua cawangan Malakat Grocer kelak, ini adalah perancangan kita untuk membantu masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil, pihaknya merancang membuka 100 Malakat Grocer 812 di Lembah Kelang pada tahun ini dan 1,000 kedai seumpama itu di seluruh negara pada tahun hadapan.

“Kedai-kedai ini akan dimilki oleh para usahawan, kita akan bimbing mereka kerana hasrat utama kita ialah membangunkan para usahawan untuk berjaya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga ketika ini sedang merancang untuk memperkenalkan subsidi kepada golongan berpendatan rendah B40 untuk berbelanja di Malakat Grocer 812.

“Melalui subsidi ini, golongan B40 boleh berbelanja pada harga yang lebih rendah, kita akan pilih mereka yang layak untuk bantuan tersebut dan kaedahnya akan dimaklumkan nanti,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here