Tarikh akhir Borang B Tahun Taksiran 2019 selewatnya 31 Ogos

0
185

CYBERJAYA – Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan perniagaan diminta mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selewat-lewatnya pada 31 Ogos tahun ini.

LHDN berkata, orang ramai dinasihatkan mengisi maklumat yang tepat serta terkini dalam BNCP mereka bagi membantu pihaknya memproses bayaran balik cukai terlebih bayar dengan lancar.

“Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar menjadi keutamaan LHDN dalam memastikan setiap pembayar cukai menerima bayaran balik cukai dalam tempoh yang ditetapkan.

“Antara maklumat yang diperlukan ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftaran pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun
2020 sebagai panduan mengemukakan pengemukaan borang tersebut yang boleh dicapai menerusi pautan berikut:

LHDNM turut menyediakan senarai pelepasan cukai bagi TT 2019 yang boleh diakses daripada portal rasmi LHDNM di
www.hasil.gov.my > Individu > Pelepasan Cukai.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my manakala sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here