Tawaran menarik di Bunch-Oh 812 esok

0
486
Pengurus Operasi Rangkaian Makanan Segera Bunch-Oh 812, Norfarahani Mohd sharif

RAUDHAH CITY – Kiosk Bunch-0h 812 di Malakat Grocer 812 di Putra Perdana, Puchong menawarkan diskaun 50 peratus untuk set ‘wowffle’ esok.

Pengurus Operasi Rangkaian Makanan Segera Bunch-Oh 812, Norfarahani Mohd Sharif berkata, tawaran itu terhad kepada 50 pelanggan pertama.

Beliau berkata, harga normal set wowffle berkenaan ialah RM4.80 dan untuk 50 pelanggan pertama esok, ia berharga RM2.40 sahaja.

“Di Bunch-Oh 812, kita mempunyai pelbagai menu lain seperti kayaball, chicken cheese, sausage cheese, jagung stim, takoyaki, nasi lemak dan banyak lagi.

“Apa yang istimewa ialah, juga kita akan perkenalkan menu jenama antarabangsa iaitu Redhot Hod Dog di sini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Norfarahani, untuk permulaan, pelanggan hanya boleh membeli bungkus sahaja dan selepas ini akan ada meja untuk makan di kiosk berkenaan.

Selain itu katanya, Bunch-Oh 812 juga pada masa akan datang akan melihat menu-menu yang berpotensi hasil penduduk setempat untuk diletakkan di kiosk berkenaan.

“Kita akan lihat produk masyarakat setempat di sini, seperti goreng pisang cheese dan sebagainya bagi membantu peniaga menjual produk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Malakat Food Sdn. Bhd., Aziz Juhari berkata, Bunch-Oh 812 sebenarnya program untuk menjana ekonomi penduduk setempat.

Katanya, pihak pengurusan akan mengenalpasti penduduk atau golongan berpendapatn B40 untuk dilatih menjadi usahawan atau rakan niaga di kiosk berkenaan.

“Kita berikan dan mereka boleh berniaga dengan cara yang mudah tanpa perlu memikirkan menu dan produk. Ia amat menyenangkan dengan modal yang rendah.

“Bunch-Oh 812 di Putra Perdana merupakan ‘pilot’ projek dan kita tempatkan kakitangan kita di situ, selepas itu kita akan serahkan kepada golongan B40 yang berminat,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here