Tertuduh kes bunuh pensyarah UIAM menangis di kamar mahkamah

0
1049

SEPANG – Suami kepada pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mati dibunuh dalam kejadian akhir bulan lalu menangis ketika didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini.

Tertuduh Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, yang didakwa menjerut sehingga mati isterinya, Maizatulnisa Othman, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh. Tertuduh yang berbaju hitam meminta diberikan tempoh untuk melantik peguam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Tasik Cyber Valley Park Jalan Persiaran Sepang Cyberjaya di sini kira-kira jam 11 pagi hingga 1.04 pagi antara 29 dan 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Majistret menetapkan 14 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Maizatulniza ditemui mati dengan motif pembunuhan dipercayai tertuduh tidak dapat menerima hakikat isterinya menfailkan pengesahan penceraian.

Dalam siasatan polis, tertuduh sebelum ini dikatakan telah berpura-pura keluar mencari isterinya dengan ditemani anak perempuannya menggunakan perkhidmatan e-hailing selepas membunuh wanita berkenaan secara menjerut dengan tudung dipakai mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here