Tiada kebenaran diberikan pada DAP pasang tulisan Cina di papan tanda

0
802
Dr. Abdul Rahman

CYBERJAYA – Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) memasang tulisan Cina di papan tanda di beberapa jalan di Kuching, Sarawak secara jelas telah melanggar peraturan kerana tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pihaknya memandang serius tindakan tersebut kerana ia juga dianggap perbuatan vandalisme kerana merosakkan harta benda awam.

“DBKU memandang serius perkara ini,” katanya seperti dipetik Utusan Borneo hari ini.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman turut melahirkan kekecewaannya apabila DAP mengheret DBKU dalam tindakan politik mereka.

“Apa yang menjadi kebimbangan ialah tindakan seperti ini boleh mencetuskan ketegangan kaum kerana bukan sahaja tidak beretika malah tidak peka dengan sentimen masyarakat majmuk di Sarawak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here